Sunday, November 15, 2009
Falsafah Pendidikan islam
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.
selamat melayari laman web Pendidikan Islam
Assalamualaikum kepada semua pengunjung laman ini.Alhamdulillah saya akhirnya dapat membangun satu website PENDIDIKAN ISLAM untuk rujukan saya sendiri serta anak didik saya terutamanya untuk pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU TEMENGGONG AHMAD (SMKTTA) serta untuk rujukan GPI yang lain.Semoga laman ini memberi manfaat kepada anda semua.
tazkirah
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3)
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 216)
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)
KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
AL-QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, Ayat 139)
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA LAGI: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah, Ayat 45)
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… "
(Surah At-Taubah, Ayat 111)
Saturday, November 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)